Petua Atasi Sembelit Kanak Kanak



Masalah sembelit bukan sahaja dialami oleh ibu mengandung atau orang dewasa.  Kanak kanak juga boleh mengalami masalah yang sama.  Jangan diambil ringan deritaan anak. Di sini kita akan membincangkan sebab dan punca kanak kanak mengalami masalah sembelit, dan petua mengatasi masalah ini.

Pelbagai punca menyebabkan kanak kanak sembelit :

1. Kurang minum air - Masalah masyarakat kita yang tidak mengalakan anak kita minum lebih air.

2. Diet yang tidak baik - Kerap diberi makanan "junk food" yang tidak berkhasiat.

3. Tidak makan sayur sayuran

4. Kurang makan buah buahan


Petua mengatasi masalah sembelit kanak kanak :

1. Galakan anak minum air sepanjang hari. Air adalah penting bagi membantu penghadaman makanan.  Dan kurangkan minuman manis.

2. Pastikan makanan seimbang, tambahkan sayur sayuran dan buah buahan dalam diet harian. Tambah kandungan  fiber (serat) dalam makanan dan minuman. Boleh diberi jus buah buahan. Kanak kanak memang suka jus buah.

3. Amalkan masa ke tandas pada masa yang sama setiap hari, biasanya waktu pagi.

Petua Ibu Mengandung: Mengatasi Sembelit Ketika Hamil.



Kenapa ibu mengandung selalu sembelit?

1.Hormon progesteron.
Ibu hamil mengeluarkan  hormon progestron yang lebih semasa mengandung. Hormon progesteron menyebabkan usus si ibu lebih relax, dan ini akan memproses pegerakan  makanan lebih perlahan. Makanan yang tidak dapat dihadam dengan baik akan menyebabkan sembelit.

2. Dehydration
Kurang minum air

3. Zat Besi (Ferrous Fumarate)
Ibu hamil selalunya memerlukan zat besi yang tinggi untuk mendapatkan bacaan hemoglobin atau HB yang baik sepanjang kehamilan. Pengambilan sesetengah pil zat besi yang banyak boleh menyebabkan ibu-ibu mudah terkena sembelit.

4. Kurang Bersenam

5. Bagi ibu yang sarat hamil, rahim yang semakin membesar menyebabkan tekanan pada usus sehingga boleh menghalang laluan najis ke usus besar dan rektum.

6. Stress/ Tekanan

Petua Ibu Mengandung: Mengatasi Sembelit Ketika Hamil.

1. Minum 2.5L air  setiap hari.

2. Lebihkan makanan high fiber (serat) seperti betik, prune, psyllium husk dan buah buahan.

3. Buat senaman ringan, seperti berjalan selama 20 minit.

4. Tabiat ke tandas pada masa yang sama setiap hari.


Petua Sembelit


Jika anda mengalami masalah sembelit iaitu sukar buang air besar, cubalah mana-mana petua sembelit di bawah. 
1. Betik :
Makan buah betik selalu. Buah betik mengandungi kandung fiber yang tinggi yang boleh membantu penghadaman..
2. Pisang masak :
Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini dua kali sehari sehingga sembuh.
3. Akar temu lawak :
Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap hari sehingga sembuh.
4. Daun gelenggang :
Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.
Selamat mencuba